Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 24, 2010

saat menanti kelahiran (2)

22 nov 09
dua hari sebelum melahirkan..sempat berjalan-jalan ke subang parade bersama kakak n abg ipar sekeluarga...xlupa bag tasbih pemberian kakak tersayang..zuraida



perut pon xnampak sangat...hehehehe



makan mcD buat kali terakhir...mcChicken + milo ais + sundae chocolate + kentang goreng....




pic : anak buah yang cantik & pemalu - alya imanina



PPUM : menerima berita ibu sudah selamat melahirkan Nur Qhalisyah...



masa ni,ayah xmenang tangan menaip sms & menelefon keluarga & kawan2 untuk menyampaikan berita gembira tu...
pic : skrin lcd di PPUM yang memaparkan berita terkini keadaan ibu2 yang berada dalam labour room..

assalamualaikum semua....
pic : Nur Qhalisyah setelah siap dibersihkan ...suara bukan main lagi ...sejuk kena air..

pic : tag information baby Nur Qhalisyah...


cukup minum..dah selesa lepas dibersihkan..apa lagi..tdooooozzzzzzzzzzz...

kegembiraan itu tidak memerlukan wang ringgit kerana ia xdpt dibeli & ditukar ganti...keluarga yang sempurna & bahagia sudah cukup memberi kebahagiaan...kan..kan..

Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.”

(Muslim)




















Thursday, March 18, 2010

saat menanti kelahiran....

keluarga kecil kami...


jam 12.00 am,24 nov 09 ibu dah mula rasa tanda-tanda awal saat itu...kejadian di rumah kami ketika itu..bertanyakan pada ayah,untuk ke PPUM malam tu kerana risau xsempat untuk melalui detik2 cemas yang bakal dihadapi...namun ayah menenangkan ibu dengan menyatakan.."insyaAllah ibu,kalu xde ape2 kita sempat ke PPUM dengan selamat"..ibu jadi tenang kembali..sakit itu kejab datang dan kejab hilang macam biskut chipsmore yang sedap tu..ermm...sakit kembali menyerang dalam pukul 3.00 am..tdo mengiring kekiri,kekanan..semua xkena..tapi masih boleh tahan..ibu dah pasang niat pada malamnya untuk bangun awal pagi tu supaya kami dapat ke PPUM awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas..tepat jam 5.00 am,ibu bangun dari tempat tdo dan terus ke toilet untuk mandi ..tiba2...arghhhhhh...ape yg ibu nampak..tanda2 dah semakin dekat untuk melahirkan..lantas ibu kejutkan ayah ...

lepas solat subuh kami bergerak ke PPUM..alhamdulillah...jalan masih lengang,kul 6.15 am masa tu...kul 6.45 tiba di PPUM...naik ke tingkat satu di wad bersalin dan terus daftar ...

7.15 am masuk labour room...bermula degupan jantung yang xhenti2...pada sape lagi ibu nak mintak tolong melainkan sepenuh hati mengingati Allah...bermacam-macam dipikirkan..termasuk maut..subhanallah....

sementara menunggu saat klimaks...berbagai2 tatacara / prosedur yang dibuat oleh kakitangan PPUM tu..(diorang semua melayan ibu dengan baik dan mesra)..sesaat dalam labour room macam sejam rasanya..aduihhhhh....

ayah tunggu diluar wad bersalin dengan penuh debaran bersama-sama ayah2 yang lain...mereka mungkin berperasaan yang sama seperti ayah...nak turun makan pon dah xselera..jantung xhenti berdegup...menunggu berita terkini dari staff tentang perkembangan ibu...bayangkan perasaan kami berdua ketika tu...aduihhh..xdpt diluahkan dgn kata2...

..........................1041 am...saat yang dinantikan sudah tiba...rasa sakit yang paling dasyat yang pernah dirasakan sepanjang ibu hidup dibumi Allah ini...namun sakit tu terasa hilang begitu sahaja setelah dapat melihat Nur Qhalisyah dengan kedua belah mata ibu yang samar2 (xpakai cermin mata masa tu)...staff PPUM memangku Nur Qhalisyah dan diberikan kepada ibu untuk dicium dan menyusukan...tanpa disedari air mata kristal keluar dari kedua anak mata ibu....Ya Allah...inilah antara anugerah -Mu yang amat bernilai buat kami...ketika itu xtau nak cakap macam mana kat Allah tanda TERIMA MASIH....hanya Dia yang mengetahui nya....

ayah kat luar gembira yang teramat setelah melihat nama ibu di skrin menyatakan status...SUDAH BERSALIN..ada rasa macam nak terjah je labour room tu nak tgk keadaan ibu & anaknya...handphone kat tgn pon dah macam nak jatuh..sebab terlalu gembira...ahli keluarga,kawan2 semua dimaklumkan tentang berita gembira ini....

terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami & melawat ibu & Nur Qhalisyah di PPUM dan juga kat rumah (shah alam,tanjong karang,kuantan)...

Bermulalah tugas kami sebagai seorang ibu & ayah kepada puteri kami...Nur Qhalisyah binti Mohd. Shahrul Nizam (24 nov 2009, 10.41 am)

Semoga kami dapat memikul amanah ini dengan baik dan sempurna...kami juga mendoakan agar kami dapat menjaga Nur Qhalisyah sehingga kehujung nyawa kami...TERIMA KASIH YA ALLAH atas segala nikmat dan dugaan yang telah Kau beri pada kami...moga kami menjadi seorang hamba yang tabah & sentiasa bersyukur....amin...

sentiasa menyebut nama-Nya sebagai tanda bersyukur.....




Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

Riwayat At-Tabrani

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.”

Riwayat Bukhari


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim